Rangka (Isi) Karangan untuk Bahasa Melayu (1)   

Rangka (Isi) Karangan untuk Bahasa Melayu (1) 

DIMENSI PELAJAR

SOALAN 1 : Jasa guru amat besar kepada bangsa dan negara. Sebagai seorang pelajar,bagaimana cara untuk kita menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh golongan pendidik ini.

Cara-cara Menghargai  Jasa Dan Pengorbanan Guru

Pengenalan

Golongan pendidik amat penting dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti.

  • mendidik para pelajat tanpa mengenal erti jemu.
  • mengajar dengan bersungguh-sungguh tanbpa mengira waktu
  • dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran

Idea-idea Utama

Pelbagai cara dapat dilakukan oleh para pelajar dalam mengenang jasa mereka.

  • lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
  • meningkatkan imej mereka dan juga sekolah
  • pasti berbangga kerana berasa dihargai

Sentiasa menurut nasihat dan pesanan mereka.

  • mengamalkan nilai-nilai murni walau di mana kita berada
  • tidak menimbulkan sebarang masalah baik di sekolah mahupun di rumah
  • berasa gembira kerana mampu mendidik kita dengan sempurna

Bersikap ringan tulang sewaktu bersama-sama guru di sekolah.

  • membantu mereka tanpa disuruh dan penuh ikhlas
  • menghantar buku-buku kerja di pejabat guru
  • bekerjasama dalam projek keceriaan di sekolah

Berhubung dengan mereka walaupun telah tamat alam persekolahan.

  • menelefon mereka untuk bertanya khabar
  • mengucapkan selamat Hari Guru pada setiap tahun
  • hubungan antara para pelajar pasti tidak akan putus

Menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan.

  • melanjutkan pelajaran hingga Menara Gading
  • menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta
  • tidak terlibat dalam gejala sosial dan menjadi sampah masyarakat

Penutup

Guru ibarat sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan insan lain.

  • jasa dan pengorbanan mereka mestilah dikenang sampai bila-bila
  • tanpa mereka kita pasti tidak ke mana-mana
  • tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit

……………………………………………………………..

SOALAN 2 :Fenomena ponteng sekolah pada hari ini semakin meningkat. Walaupun pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak sekolah,namun masalah ini seolah-olah tiada penghujungnya. Bincangkan.

Fenomena Ponteng Sekolah

Pengenalan

Sekolah merupakan tempat menimba ilmu dalam kalangan pelajar untuk menjadi generasi yang cemerlang.

  • seharusnya rajin ke sekolah untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang berwibawa
  • namun begitu dari hari ke hari ramai pelajar yang ponteng sekolah
  • sanggup menghabiskan masa dengan melepak di kafe siber atau di pusat beli-belah

Isi-isi Penting

Pelbagai faktor dikenalpasti yang mewujudkan masalah ini.

  • kurang pemantauan dan pengawasan daripada ibu bapa.
  • jarang datang ke sekolah untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak mereka
  • hanya menumpukan perhatian terhadap pekerjaan mereka masing-masing Terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan sebaya turut berlaku.
  • berasa bimbang jika dipinggirkan atau dipulaukan
  • megah jika dapat bergaul dengan golongan yang bermasalah ini
  • berasa seronok dan tidak terbeban dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat menjemukan

  • guru-guru tidak mengajar dengan menarik tetapi membosankan
  • sering berleter dan memarahi para pelajar
  • berasa tertekan dan akhirnya suka ponteng sekolah

Peraturan di sesebuah sekolah agak longgar dan tidak ketat.

  • para pelajar yang ponteng tidak diambil tindakan
  • guru bersifat lepas tangan dan tidak prihatin
  • masalah ini semakin menular dalam kalangan pelajar

Keluarga yang kucar-kacir dan tidak harmoni turut menjadi penyebab kepada masalah ini.

  • ibu bapa sering bergaduh di rumah dan menyebabkan jiwa para pelajar tidak tenteram
  • gagal belajar dengan baik di rumah dan gagal menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan

– ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru-guru mereka

Penutup

Masalah ponteng sekolah mestilah diatasi dengan segera.

  • menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan
  • mempunyai masa depan yang gelap dan mudah terjebak dalam gejala negatif
  • negara gagal untuk melahirkan generasi yang cemerlang

……………………………………………………………….

DIMENSI IBU BAPA

SOALAN 1: Anak-anak yang cergas pasti menjana kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.

Peranan Ibu Bapa Dalam Menjamin Kesihatan Anak-anak

Pengenalan

Kesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.

  • perlu dititikberatkan sejak kecil lagi
  • aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar
  • kesihatan yang baik amat penting

Idea-idea Utama

Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.

  • menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.
  • perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak
  • membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit

Menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap hari.

  • bergiat aktif dalam bidang sukan terutama di sekolah
  • membawa anak-anak mereka beriadah pada hujung minggu
  • badan mereka berpeluh dan situasi ini baik untuk kesihatan

Menasihati anak-anak mereka agar tidak mengamalkan tabiat yang buruk.

  • menghidu gam,menghisap rokok mahupun meminum arak
  • merosakkan sistem badan dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit
  • tidak menjadi ketagih hingga di peringkat dewasa

Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.

  • tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video
  • mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas
  • tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara.

Mengurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera.

  • makanan yang dimakan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi
  • tinggi pasti akan kebersihan makanan tersebut
  • diletakkan banyak perasa dalam usaha melazatkan makanan tersebut.

Penutup

Amalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.

  • kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit
  • menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak
  • hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai.

…………………………………………………………………

SOALAN 2 : Sikap berhemat dalam apa jua situasi amat digalakkan dalam kehidupan seharian. Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak.

Amalan Berjimat – cermat

Pengenalan

Berjimat-cermat adalah amalan yang mulia dan terpuji.

  • wajar diterapka kepada anak-anak sejak kecil.
  • tidak kekok untuk melaksanakannya sehingga dewasa
  • menjurus banyak faedah terutama kepada keluarga,masyarakat dan negara

Idea-idea Utama

Ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka menabung sejak kecil.

  • menabung itu amat penting dan wajar dilaksanakan
  • menabung secara sedikit demi sedikit pada setiap minggu mahupun bulan
  • wang tabungan akhirnya akan bertambah jika amalan ini terus berjalan

Mendidik anak-anak agar tidak boros berbelanja.

  • membeli barangan yang penting sahaja
  • makan tidak berlebihan terutama sewaktu berada di sekolah
  • wang saku dapat dijimatkan dan ditabung di dalam bank

Ibu bapa juga tidak memberikan duit poket secara berlebihan.

  • boros berbelanja kerana memiliki wang banyak di tangan
  • tidak menghargai betapa susahnya ibu bapa dalam mencari wang
  • tidak menghargai penat-lelah ibu bapa mereka dalam menyara keluarga

Menggalakkan anak-anak berdikari dan membuang sikap suka meminta-minta.

– tidak mudah memberikan wang kepada mereka

  • mengambil tahu ke arah mana wang tersebut dibelanjakan
  • anak-anak akan menghargai setiap wang yang diberikan oleh ibu bapa

Tidak terlalu memanjakan anak-anak.

  • menyediakan apa-apa sahaja kemahuan yang dipinta
  • fenomena ini akan merosakkan anak-anak tanpa disedari
  • menjadi malas dan tidak tahu untuk berjimat-cermat

Penutup

Ibu bapalah yang melentur anak-anak mereka agar menjadi yang terbaik.

  • menjadi anak yang berhemat dalam perkara
  • wang tabungan juga turut bertambah
  • memberi kesenangan kepada keluarga itu sendiri

……………………………………………………….

DIMENSI UMUM

SOALAN 1: Tuliskan satu karangan tentang peranan negara-negara di dunia ini dalam memulihara tempat-tempat bersejarah.

Langkah-langkah Memulihara Tempat-tempat Bersejarah [GLOBAL]

Pengenalan

Tempat bersejarah yang berserakan di dunia ini adalah asset berhargan yang wajar dipertahankan.

  • dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman
  • tatapan generasi muda akan datang agar mengetahui sejarah yang silam
  • negara-negara di dunia ini mestilah memainkan peranan yang saksama

Idea-idea Utama

Menyeragamkan undang-undang dalam melindungi tempat bersejarah ini.

  • tidak mudah dirompak oleh golongan yang tertentu
  • makam Firaun di negara Mesir telah banyak menjadi mangsa penyangak dari seluruh dunia untuk mendapatkan emas
  • kesan daripada undang-undang yang agak longgar dan tidak selari dengan negara di dunia yang lain

Memulihara tempat tersebut daripada sebarang kerosakan.

  • negara yang kaya membantu negara yang miskin
  • tempat yang bersejarah dapat dikekalkan
  • tidak akan lenyap dan menjadi tatapan masyarakat dunia

Mengadakan hubungan diplomatik antara negara yang mempunyai tempat bersejarah.

  • mengadakan seminar atau forum tentang tempat-tempat bersejarah
  • bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi penambahbaikan
  • tempat-tempat bersejarah ini dapat dipelbagaikan fungsinya

Memberikan kemudahan ahli sejarah dari negara lain membuat penyelidikan.

  • mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara negara-negara di dunia
  • mengekalkan hubungan yang telah sedia ada
  • dapat mengurangkan konflik dan mengelakkan peperangan

Mengiktiraf tempat bersejarah di dunia ini sebagai artifak yang tidak boleh dimusnahkan.

  • tidak memusnahkan atas nama pembangunan
  • sentiasa dijaga dengan rapi kerana menjaga sensitif negara yang lain
  • mampu dikekalkan sampai bila-bila

Penutup

Tempat bersejarah bukan dibina dengan sesuka hati.

  • memiliki sejarah yang tersendiri dan mengimbas masa lampau
  • Tembok Besar China,Kota A.Farmosa,Piramid dan banyak lagi adalah contoh yang terbaik
  • aset berharga dan mampu menarik ramai pelancong ke negara tersebut

………………………………………………………

SOALAN 2 : Mata pelajaran yang diajar di sekolah mempunyai kepentingan yang tersendiri.

Huraikan kepentingan mata pelajaran tersebut kepada generasi muda.

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.

Pengenalan

Mata pelajaran sejarah adalah antara mata pelajaran yang terdapat dalam peperiksaan.

  • dipelajari di peringkat sekolah menengah hingga hari ini
  • akan diajar di sekolah rendah pula pada tahun 2014
  • menjurus banyak faedah kepada masyarakat khasnya generasi muda

Idea-idea utama

Mengetahui sejarah negara dengan tepat berdasarkan fakta yang dipelajari.

  • tidak kabur dalam susur galur sejarah negara
  • dapat menjelaskan dengan tepat kepada masyarakat luar
  • pengetahuan sejarah sentiasa menebal dalam sanubari generasi muda

Mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum.

  • menjaga sensitiviti kaum lain yang diperoleh dari sejarah yang tercipta
  • tidak mengeluarkan fakta-fakta yang menggugat kestabilan negara
  • sejarah tetap sejarah dan tidak ,boleh diubah-ubah

Menerapkan semangat sayang akan negara.

  • mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh
  • negara pernah dijajah oleh Portugis,Inggeris dan Jepun
  • tidak mahu berulang semula oleh generasi muda pada hari ini

Melahirkan lebih ramai ahli sejarah negara.

  • sesetengah pelajar pasti meminati mata pelajaran ini
  • menulis buku berdasarkan sejarah tanah air
  • dijadikan bahan rujukan untuk generasi yang akan datang

Mengelakkan masyarakat yang buta akan sejarah.

  • perpecahan antara kaum dapat dielakkan
  • golongan buta sejarah sering mengeluarkan fakta tanpa asas yang kukuh
  • keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila

Penutup

Mata pelajaran sejarah mendatangkan banyak manfaat.

  • Warga Malaysia sewajarnya tahu akan sejarah negara sendiri
  • tidak mudah dieksploitasi oleh sesetengah golongan
  • tidak menjual maruah negara demu kepentingan diri

…………………………………………………………..

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s